Khamis, 6 Mac 2014

Motor + Cycle (basikal berenjin) “Roundtank” pencetus revolusi penciptaan kenderaan moden berenjin



Acara K2N II di Bandung memberi peluang kepada pengunjung merasa menunggang "Roundtank" yang sangat jarang ditemui di Malaysia

--Motorsikal ciptaan Gottllieb Daimler's 1885
Salam Hormat. Peluang menimba pengalaman mengenai basikal tua/klasik di negara jiran Indonesia telah banyak memberikan pengalaman baru. Boleh dikatakan di setiap acara/event di Indonesia ada sejenis alat pengangkutan basikal yang berenjin. Bagi sesetengah orang ada yang memanggilnya “mopped” dan ada yang mengelarnya “roundtank”, tetapi bagi saya istilah “roundtank” lebih popular untuk merujuk pada motorsikal klasik terawal iaitu motor + basikal (motor+cycle).
..
Justeru syarikat-syarikat yang dahulunya menjual/mengeluarkan basikal telah memodenkan perniagaan atau produk mereka dengan menjual basikal bermotor ini. Uniknya kita masih lagi dapat melihat dengan jelas ciri-ciri basikal pada kenderaan yang bermotor ini. Penciptaan kenderaan “roundtank” dianggap sebagai perintis revolusi penciptaan motorsikal dan kereta yang digunakan sehingga ke hari ini.

Hasil kreativiti anak-anak muda Bandung menghasilkan "roundtank" buat sendiri mengunakan enjin mesin rumput.
Merujuk kepada sejarah Gottllieb Daimler’s dari German merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta motorsikal terawal pada tahun 1885 dengan menggunakan enjin petrol. Syarikat motorsikal terawal dan terbesar dunia seperti “Indian” dari Amerika Syarikat pernah muncul sebagai syarikat terbesar dunia mengeluarkan kenderaan ini sekitar tahun 1900. Turut merancakkan revolusi kenderaan beroda dua ini ialah Syarikat Harley Davidson, Orient, Rudge, Norton, BSA, Triumph, AJS, Ariel, James, Sunbeam, New Hudson, dan banyak lagi telah mengeluarkan “roundtank” sebagai produk mereka.

Syarikat "Indian" dari Amerika Syarikat muncul menjadi syarikat motor terbesar dunia mengeluarkan "roundtank" sekitar 1900. Model motor 1906 Indian "Camel Back" 10E Single.

"Roundtank" jenis Sunbeam yang dikeluarkan pada tahun 1916 500cc yang menjadi igauan dan impian Sdr. Sanim NBT (King of The Road)

Inilah model Triumph Roadster yang bakal dibangunkan di Bandung dan akan tiba di Malaysia beberapa bulan atau tahun lagi. Bergantung pada kelulusan budget dan keizinan pihak berkuasa.
Saya juga tidak menolak bahawa hobi basikal tua ini perlu juga mengalami “revolusi” dan penulis seperti sudah “jatuh hati” untuk mendapatkan sebuah “roundtank” untuk dijadikan “buah hati” dan koleksi peribadi suatu hari nanti. Mungkin di Malaysia harga sebuah “roundtank” ini mencecah harga yang boleh “memecahkan gegendang telinga” namum kalau ada usaha untuk mendapatkannya dari sahabat-sahabat dari seberang harganya pasti “reasonable” (berpatutan).
..

Model D - AJS keluaran tahun 1915 menjadi kegilaan Sdr. Jebat Melaka yang sudah mula menjual semua koleksi basikal tua nya.

Model H - BSA keluaran tahun 1921 yang pasti diminati oleh Sdr. GB dari Batu Gajah.. yang ini "putuih tali kasut 10 kali" pun takkan jumpa kat Batu Gajah..

Peugeot 660cc keluaran tahun 1906... milik siapakah "roundtank" ini...tunggu saja kemunculannya di K2N Kali Ke 3....jangan marahhh haaa...

Hahaaaa...apa tunggu lagie...carik ler...kita bakooo...kitaa bakooo jer... ada "roundtank" barulah terhebattssss..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan